Kesihatan mental dan fizikal anda akan menjadi lebih berkualiti dengan mendapat tidur lena yang mencukupi.
Kurang tidur boleh menjejaskan berat badan, keseimbangan emosi dan produktiviti. Ia juga boleh menjejaskan tahap tenaga anda.
Walaupun ramai mengetahui betapa pentingnya tidur, ramai di antara kita masih sukar untuk mendapatkan rehat malam yang baik.
Sebenarnya, satu-satunya nasihat atau kaedah untuk mengatasi masalah sukar tidur ialah mengubah rutin harian anda.
Anda mungkin menghadapi masalah mendapatkan tidur malam yang nyenyak jika anda mempunyai rutin siang hari dan gaya hidup yang tidak sihat.
8 Tips Untuk Tidur Lena
Untuk mendapatkan tidur malam yang lebih lena, anda dinasihatkan untuk mencuba beberapa penyelesaian masalah tidur yang disenaraikan di bawah.
1. Selaraskan Dengan Kitaran Tidur Semula Jadi Badan

Salah satu teknik yang paling penting untuk mendapatkan tidur yang lebih lena ialah mengikut irama sirkadian semula jadi badan anda.
Anda akan berasa lebih segar dan bertenaga jika anda mematuhi jadual bangun tidur biasa. Caranya;
- Cuba kekalkan waktu tidur dan waktu bangun yang konsisten setiap hari. Ia meningkatkan kualiti tidur dan mengawal jam dalaman badan.
- Walaupun pada hujung minggu, elakkan membuat perubahan drastik. Contohnya, tidur lewat.
- Tidur awal tengahari hadkan pada 15 hingga 20 minit sahaja.
- Elakkan tidur selepas makan malam.
2. Kawal Pendedahan Cahaya

Hormon melatonin semulajadi dikawal oleh pendedahan cahaya. Kitaran tidur-bangun anda dikawal olehnya.
Waktu Siang
- Pada waktu pagi, dedahkan diri anda kepada cahaya matahari.
- Tingkatkan waktu luar siang hari anda.
- biarkan seberapa banyak cahaya semula jadi yang anda boleh masuk ke dalam rumah atau tempat perniagaan anda.
Waktu Malam
- Elakkan menggunakan skrin terang kira-kira satu atau dua jam sebelum tidur.
- Elakkan berjaga lewat menonton televisyen.
- Pastikan lampu dimalapkan atau dimatikan apabila tiba masanya untuk tidur.
- Jika terjaga, biarkan lampu malap atau padam dan bukannya menghidupkannya dengan terang.
3. Bersenam Di Siang Hari

Individu yang kerap bersenam dapat tidur yang lebih nyenyak, lebih lena pada waktu malam dan kurang mengantuk pada siang hari.
Tak lupa juga, berjalan kaki selama 10 minit setiap hari dengan senaman ringan juga boleh membantu pada kualiti tidur.
4. Penjagaan Makan dan Minum

Tabiat pemakanan anda mempunyai impak yang besar pada tahap tidur anda pada waktu malam.
Tetapkan waktu makan hanya sehingga jam 9 malam sahaja.
- Hadkan pengambilan nikotin dan kafein (rokok).
- Elakkan makan berat pada waktu malam.
- Jangan minum alkohol sebelum tidur.
- Kurangkan pengambilan karbohidrat bergula dan ditapis.
5. Tenangkan Fikiran

Adakah anda sukar untuk tidur atau sering bangun pada waktu malam?
Sisa tekanan, kebimbangan, atau kemarahan dari hari sebelumnya telah menjadikan anda sebegini rupa.
Maka, wujudkan rutin tidur yang akan membantu anda bersiap sedia untuk tidur, seperti menggunakan teknik relaksasi atau mandi air suam, untuk mengatasinya.
Anda juga boleh menghidupkan lampu di bilik tidur anda atau memainkan muzik yang tenang.
6. Perbaiki Persekitaran Tidur

Jadual tidur yang teratur akan memberi signal kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk anda berehat dan melepaskan tekanan.
Antara persekitaran yang dapat kita ubah adalah;
- Perlahankan sebarang bunyi
- Pastikan suhu bilik sejuk
- Pastikan tempat tidur anda selesa
- Khaskan tempat tidur sebagai ruang untuk tidur dan hubungan intim, bukannya ruang bekerja.
7. Pelajari Cara Untuk Kembali Tidur
Jika anda menghadapi masalah untuk tidur semula, cuba amalkan cadangan ini:
- Elakkan membuat diri berasa tertekan.
- Letakkan matlamat untuk merehatkan diri dan bukannya tidur.
- Lakukan aktiviti yang tenang seperti membaca buku.
- Hindari daripada memikirkan isu yang boleh mendatangkan kebimbangan atau merangsang otak untuk berfikir.
Jika ia berlaku, buat nota ringkas dan tunda rasa kebimbangan tersebut pada keesokan harinya.
8. Gunakan Alat Pelembap Udara (Humidifier)

Alat pelembap udara atau humidifier adalah sangat bermanfaat terutamanya untuk mendapat tidur yang lena.
Alat ini dapat melegakan saluran udara kering dengan menambahkan kelembapan ke udara. Anda juga dapat bernafas dengan lebih mudah, dan meningkatkan kualiti tidur.
Tetapi pastikan untuk mengisi alat pelembap udara anda hanya dengan air yang ditapis. Alat ini boleh membina kulat dan bakteria jika ia tidak dijaga kebersihannya.
Kesannya akan membuatkan diri anda lebih sakit. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan sekiranya masalah sukar tidur tidak ada perubahan.
9. Gunakan Essential Oil Luxury Scent

Anda juga boleh menggunakan produk daripada Luxury Scent essential oil untuk mendapatkan tidur yang lena.
Minyak ini memberikan bau yang mewah serta menyegarkan di persekitaran rumah mahupun dalam bilik anda.
Dengan ini, kita akan lebih mudah untuk tidur dengan lena disebabkan kesegaran daripada minyak Luxury Scent.
4 Jenis Hotel-Inspired Essential Oil

Essential oil mendapat inspirasi daripada aroma hotel yang berbeza, melalui proses R&D sehingga mendapat hasil yang diingini.
Essential oil ini boleh digunakan dengan diffusers, bunners, dan nebulisers. . Untuk hasil yang terbaik adalah dengan menggunakan nebulisers dan diffusers.
Jumlah titisan yang perlu diletakkan dalam diffuser adalah antara 3 hingga 5 titisan untuk 100-200ml air.
Kami ada 4 Hotel Inspired Scents seperti berikut:
1) Marriott
- Lily of The Valley
- Menaikkan mood anda
- Rangsangan mental
2) Ritz Carlton
- Bergamot
- Mampu mengurangkan tekanan
- Hyacinth
- Bau yang menenangkan
- Rosewood
- Meningkatkan peredaran darah dalam badan
3) Four Seasons
- Raspberry
- Bersifat anti-penuaan
- Lemon
- Meringankan tekanan
- Mengatasi keletihan
- Magnolia
- Memberikan kesan yang menenangkan
- Sandalwood
- Memerangi insomnia
4) Grand Hyatt
- Apple
- Menenangkan dan meningkatkan mood (mood booster)
- Lemon
- Meringankan tekanan
- Mengatasi keletihan badan
- Patchouli
- Meredakan tekanan dan kebimbangan
- Cedarwood
- Membantu anda tidur lena dan berehat
- Bau yang menenangkan
Kesimpulannya, terdapat beberapa kaedah yang kita boleh ikuti untuk mendapatkan tidur yang lena diwaktu malam.
Dengan adanya Essential oil dari Luxury Scent dapat membantu anda untuk mendapat tidur yang lena disebabkan aroma yang berasa seperti di hotel mewah.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila tekan pautan dibawah untuk melawat laman web rasmi kami.