bau wangi

10 Tips Nak Rumah Kekal Bau Wangi? Ikut Cara Senang Ni!

Apabila pulang dari tempat kerja semestinya kita mahukan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas. Barulah hati senang dan dapat rehat dengan tenang.

Rumah diselubungi bau yang wangi dan mendamaikan adalah perkara yang paling digemari oleh ramai orang tak kiralah wanita atau lelaki. 

Apa yang anda dapat di dalam artikel ini adalah tips supaya rumah kekal wangi. Jom baca!

10 Tips Rumah Bau Wangi

 

bau wangi

Rumah orang yang sudah berkeluarga dan ada anak kecil semestinya sedikit bersepah. 

Namun, jika rumah yang wangi pasti akan menenangkan jiwa. Tetapi, kebanyakkan pewangi rumah jenis tak tahan lama.

Adakah terdapat cara lain untuk mengekalkan wangian dalam rumah? Ada banyak yang anda boleh lakukan antaranya:

  1.  Mencuci Pakaian Setelah Dipakai

 

cuci pakaian

Kebanyakkan orang kita akan membasuh pakaian setiap hujung minggu sahaja atau setiap 2 atau 3 hari. Kalau diikutkan mencuci baju setiap hari akan memudahkan urusan lain pada hujung minggu untuk buat aktiviti lain.

Selain itu, kotoran yang melekat pada pakaian akan lebih mudah untuk dibersihkan berbanding jika dibiarkan berhari-hari lamanya.

 

  1.  Membuang Sampah

Ajar anak kecil dan semua ahli keluarga untuk membiasakan diri membuang sampah di tempat yang sepatutnya supaya rumah dalam keadaan bersih.

Sampah yang bertaburan di merata tempat akan menjadikan rumah anda kelihatan kotor. Bukan sahaja kotor malah ini akan membuatkan bakteria membiak.

Disamping menjaga kebersihan di dalam rumah, terapkan diri untuk menjaga kebersihan ketika di mana jua anda berada, di tempat awam atau di mana sahaja.

 

  1.  Membuka Kasut Ketika Masuk Rumah

Setelah seharian di luar menggunakan kasut atau selipar yang anda pakai dan pijak merata, letakkan kasut di luar rumah.

Anda disarankan untuk membuka kasut atau selipar ketika hendak masuk di dalam rumah supaya kotoran yang melekat tidak akan terkena lantai dalam rumah.

Selain kasut, pastikan diri dan pakaian juga dibersihkan setelah masuk rumah.

 

  1.  Membersihkan Tempat Tidur

 

tempat tidur

Salah satu cara untuk menjaga kebersihan rumah dan bilik adalah membersihkan tempat tidur setelah bangun dari tidur.

Selain itu, biasakan diri untuk membuka tingkap setiap pagi supaya ada pencahayaan dan udara yang segar masuk ke dalam bilik dan menjadikan bilik anda tidak lembap.

 

  1.  Membersihkan Dapur

 

dapur masak

Jangan biasakan diri untuk membeli makanan daripada luar kerana kebersihannya tidak terjamin. Rajinkan diri untuk memasak dirumah. Namun begitu, adakah dapur anda bersih?

Mengikut kajian, 9% kes kejadian keracunan makanan adalah berasal dari bakteria yang tercemar di dapur sendiri.

Oleh sebab itu, pastikan dapur anda sentiasa bersih. Biasakan diri untuk bersihkan dan lap apa yang patut di kawasan dapur.

 

  1.  Cuci Pinggan Selepas Makan

 

bau wangi

Rajinkan diri untuk mencuci pinggan dengan segera setelah makan. Tabiat ini lebih baik daripada membiarkan pinggan anda bertimbun.

Jika pinggan kotor dibiarkan akan mengundang lipas dan semut untuk datang dan makan sisa-sisa makanan yang ada. Hal ini tidak bagus untuk kesihatan diri dan boleh membawa penyakit.

Dalam pada itu, cucilah pinggan anda setelah siap makan supaya kebersihan di rumah anda terjaga.

 

  1.  Menyediakan Ruang Khas 

Jika anda memiliki anak yang masih pakai pampers, sebaiknya sediakan ruang khas untuk menukar pampers anak anda.

Hal ini sangat penting supaya tiada sisa-sisa kotoran terlekat atau terkena di tempat yang tidak sepatutnya. 

Mengadakan ruang khas untuk menukar pampers dapat menjadi salah satu cara untuk menjaga kebersihan rumah anda.

Pilihlah ruang yang jauh dari dapur dan meja makan. Lebih-lebih lagi, pastikan pilih ruang dekat dengan sumber air supaya boleh terus cuci tangan setelah menukar pampers anak anda.

 

  1.  Membuat Jadual Bersihkan Rumah

Cara ini dapat mendisiplinkan seluruh ahli keluarga dan akan mereka juga akan merasa bertanggungjawab dengan tugas masing-masing.

Apabila perlu, gunakan cecair khas untuk membasmi kuman supaya seluruh rumah bebas daripada kuman, virus dan serangga yang boleh membawa penyakit.

Ini mungkin merenyahkan. Oleh itu, buat jadual dalam sebulan atau dua bulan sekali untuk buat aktiviti ini. Anda boleh membersihkan tempat-tempat yang jarang dibersihkan. 

Sebagai contoh, celah-celah ruangan yang sempit, belakang almari dan bawah katil.

 

  1.  Bersihkan Rumah Sebelum Tidur

 

bau wangi

Sebelum tidur, ajak semua ahli keluarga untuk membersihkan rumah supaya esok pagi boleh lakukan aktiviti yang lain. Mengemas rumah paling tidak selama 15 minit sahaja setiap malam.

Fokuskan bersihkan ruang yang kotor atau tidak kemas dan apa-apa yang perlu lagi.

 

  1. Penggunaan Aromaterapi

 

bau wangi

Setelah penat kerja dan anak pulang dari sekolah, sudah pasti anda ingin bilik dan rumah bau wangi dan segar supaya rasa aman bukan ?

Anda boleh gunakan essential oil bagi mewangikan keadaan rumah.

Ruangan rumah yang anda boleh letakan essential oil adalah di dalam tandas, dapur, bilik tidur dan ruang tamu.

Empat tempat ini adalah tempat wajib untuk letakkan wangian supaya dapat duduk dengan selesa dan tenang di ruangan tersebut. Lain ruangan lain bauannya tau.

Kesimpulannya, dengan Luxury Scent, anda dapat ubah bau rumah anda dari bau yang kurang menyenangkan kepada bau seperti di hotel 5 bintang!

Bukan itu sahaja, anda juga dapat:

  1. Tambah kualiti tidur
  2. Hubungan keluarga makin akrab
  3. Depresi makin berkurangan
  4. Jiwa menjadi tenang dan berasa positif
  5. Melegakan migraine dan sakit kepala

 

Jika anda berminat dan tidak tahu bauan apa yang sesuai untuk ruangan di rumah anda. Anda boleh baca artikel di Luxury Scent dan survey bauan yang terjual di laman web itu.

Yang menariknya, minyak aromaterapi dari Luxury Scent ini anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membelinya. 

Dengan harga yang mampu milik anda boleh bayangkan anda duduk dalam bilik hotel yang mewah kerana bau wangi dan tenang.

Jadi, tunggu apa lagi?

Share this post