purification essential oil

Purification Essential Oil, Selain Bilik, Di Mana Boleh Pakai?

Purification essential oil merupakan salah satu jenis minyak pati yang semakin popular di kalangan penggemar produk semulajadi. 

Terkenal dengan fungsinya untuk membersihkan dan menyegarkan udara, minyak pati ini biasanya digunakan di dalam bilik untuk menghilangkan bau busuk dan meningkatkan kebersihan.

Namun, tahukah anda bahawa essential oil boleh digunakan bukan sahaja di dalam bilik, tetapi juga di tempat-tempat lain? 

Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut apa itu purification essential oil serta cara-cara untuk menggunakannya selain di dalam bilik.

Apa itu Purification Essential Oil?

purification essential oil

Purification essential oil, atau minyak pati penyucian adalah campuran pati semulajadi yang sempurna untuk meneutralisasi bau-bauan seperti asap rokok, kulat, dan kuman. 

Selain digunakan dalam penyediaan ubat-ubatan untuk menghilangkan bau pada haiwan kesayangan, ia juga dapat digunakan untuk membersihkan kandang haiwan.

Di samping itu, essential oil ini memberikan kesegaran dan membersihkan udara.

Anda boleh memanfaatkan pelbagai kegunaan minyak ini.

10 Kegunaan Purification Essential Oil

Berikut adalah 10 kegunaan purification essential oil yang dapat meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan anda.

Menyegarkan udara

Purification essential oil dapat menyegarkan udara dengan cepat dan membantu menghilangkan bau busuk atau asap rokok. 

Anda boleh titiskan beberapa titik minyak pati ini di diffuser dan hidupkan untuk menikmati udara segar dan bersih.

Namun, jika tiada diffuser, anda boleh gunakan ia sebagai ‘room spray’. 

Caranya sangat senang. Campurkan 5 titis essential oil ke dalam 4oz botol air suling dan sembur air campuran tersebut pada tempat yang diperlukan. 

Menghalau nyamuk

gigitan nyamuk

Essential oil ini juga boleh membantu anda menikmati aktiviti di luar tanpa gangguan serangga. 

Anda boleh menggunakan purification essential oil ini secara topikal dengan menggosokkannya pada kulit atau menyemburkan pada pakaian anda untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan lalat. 

Dengan penggunaan minyak ini, anda dapat menikmati udara luar yang tenang dan nyaman tanpa gangguan serangga.

Menyegarkan linen

Selain itu, pati minyak ini dapat menyegarkan linen dan baju yang disimpan di dalam almari terlalu lama yang mungkin meninggalkan bau yang kurang enak.

Anda boleh membuat DIY spray dengan purification essential oil untuk menghilangkan bau tersebut dengan mudah. 

Caranya, campurkan beberapa titis essential oil dalam air dan semburkan pada linen, baju atau kain yang disimpan di dalam almari. 

Menghilangkan bau kasut 

bau kasut

Essential oil ini juga boleh membantu menghilangkan bau busuk pada kasut anda.

Caranya, titiskan atau semburkan campuran purification essential oil pada kasut dan biarkan ia semalaman. 

Ia dapat membantu menyerap bau busuk dari kasut. Akibatnya, kasut anda berbau menyenangkan. 

Membersihkan karpet 

Jika anda memiliki karpet yang sering terkena tumpahan air atau makanan terutama jika ada anak-anak kecil di rumah, anda boleh menggunakan purification essential oil untuk membersihkannya. 

Karpet juga sering terkena bulu haiwan peliharaan yang dapat menyebabkan bau yang kurang sedap. 

Anda boleh membuat DIY spray dengan essential oil untuk membersihkan karpet dengan mudah. 

Caranya, campurkan 15-20 titis essential oil dengan 2 cawan soda bikarbonat dan letakkan campuran ini dalam botol semburan. 

Semburkan campuran ini pada karpet dan biarkan selama 15-30 minit sebelum di vakum.

Rendaman kaki 

Minyak ini juga boleh digunakan untuk rendaman kaki. 

Campurkan 4 titis essential oil kedalam campuran air dan garam epsom untuk rendaman kaki. 

Meningkatkan kesihatan kulit 

Seterusnya, minyak ini juga dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit anda. 

Anda boleh tambahkan beberapa titis minyak ini ke dalam losyen kesukaan anda dan sapu pada kulit. 

Ia dapat melembabkan dan menyihatkan kulit anda. 

Penyegar kereta 

Anda juga boleh menggunakan essential oil ini untuk menyegarkan bau kereta anda. 

Caranya senang, letakkan beberapa titik minyak ini di dalam botol air semburan dan semburkan pada kusyen kereta. 

Selain itu, anda juga boleh letak kapas yang telah dicelup dalam essential oil dan letakkan di dalam kereta. 

Senang bukan?

Purification essential oil Menyegarkan bau baju 

Anda ingin basuh baju tapi inginkan bau yang segar?

Cuba titiskan essential oil dalam mesin basuh bersama baju-baju yang ingin dicuci. 

Tentunya anda akan sukai bau baju. 

Kegunaan Lain-Lain

Selain daripada sembilan kegunaan yang disebutkan, essential oil ini juga dapat digunakan untuk menghilangkan bau dalam peti sejuk, tong sampah, dan bilik air.

Kesimpulannya, purification essential oil adalah campuran minyak pati yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita. 

Selain membantu menghilangkan bau yang tidak sedap, ia juga boleh digunakan untuk menghalau serangga dan memperbaiki penampilan kulit. 

Dengan pelbagai kegunaannya, essential oil ini pastinya menjadi penambah nilai yang baik untuk memudahkan urusan seharian kita.

Luxury Scent Asia adalah produk yang dicipta khusus untuk membantu menghilangkan bau busuk di rumah anda. Ia dapat digunakan di pelbagai tempat, seperti bilik mandi, dapur, dan bilik tidur. 

Apa yang membezakan Luxury Scent Asia dari produk lain adalah kebolehannya untuk memberikan bau segar, wangi dan tenang hanya dengan penggunaan 3-5 titik sahaja!

Artikel Berkaitan

Cara Wangikan Rumah Dan Tips “Buang” Bau Busuk

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Luxury Scent Asia, anda boleh mengunjungi laman web mereka di sini atau hubungi WhatsApp kami.

Share this post