Pewangi rumah ni memainkan peranan sebagai penyeri rumah. Sayanglah kalau rumah dah cantik, tapi berbau hapak!
Mood tetamu yang bertandang pun akan bertukar suram kalau rumah yang dilawati berbau. Nak duduk bersembang lama-lama pun tak selesa.
Bau yang wangi mempengaruhi emosi seseorang dan dapat menenangkan minda kita. Apatah lagi bila ada bauan aromaterapi seperti serai, rempah dan bahan tradisional yang lain.
Kadang-kadang kita sebagai tuan rumah tidak perasan dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan ni sebab sudah terbiasa. Tapi tak bermakna kita perlu biarkan sahaja.
Oleh sebab itu, perlunya kita menggunakan pewangi rumah.
Jom kami kongsikan beberapa jenis pewangi rumah yang sesuai untuk anda.
Jenis Pewangi Rumah Yang Terdapat di Pasaran
- Aerosol Air Freshener

Pewangi rumah jenis ini mesti membuatkan anda terkejut. Semburannya yang kuat menggamit perhatian secara tiba-tiba.
Dengan sekali semburan, wangian ini meresap ke seluruh ruangan rumah dengan pantas. Jenis pewangi ini juga boleh ditetapkan timer semburan.
Timer semburan ini boleh ditetapkan setiap 5 minit, 15 minit atau 30 minit mengikut kehendak anda.
Kebiasaannya, pewangi ini diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur.
Pewangi jenis ini sangat menjimatkan masa kerana anda tak perlu menyembur sendiri. Dengan hanya meletakkannya di meja atau lekatkan di dinding, anda boleh nikmati bauan segar.
Ia memudahkan kerja dan mewangikan ruangan rumah sepanjang masa.
- Air Diffuser

Pewangi jenis diffuser ini semakin mendapat tempat sebagai pewangi rumah.
Mana taknya, bauan diffuser ini datang dengan pelbagai jenis aroma dalam bentuk essential oil. Dari aroma lemon ke aroma lavender, anda boleh pilih aroma yang anda sukai.
Semasa zaman pengenalan diffuser dan penggunaan essential oil ini kepada orang ramai, ia hanya untuk mewangikan ruangan rumah.
Tetapi sekarang, banyak variasi diffuser dan essential oil memberi banyak faedah kepada pengguna.
Diffuser, sebagai contoh, melembabkan kulit, melegakan alergi dan simptom asma, melegakan sesak nafas dan mengurangkan dengkuran sewaktu tidur.
Dipadankan dengan essential oil, penggunaan benda ini boleh kurangkan stres, melegakan sakit kepala dan menaikkan mood positif dalam diri anda.
Hanya perlu larutkan beberapa titik essential oil dalam air dalam diffuser, anda boleh menikmati aroma yang menyenangkan minda dan melegakan stres.
- Scented Candle

Anda suka feeling-feeling romantik bersama pasangan?
Scented candle antara pilihan yang terbaik. Bukan sahaja wangi malah boleh buat suasana menjadi lebih tenang.
Cahaya dari nyalaan lilin tersebut menghasilkan suasana romantik dan suasana nyaman.
Tapi kena berhati-hati semasa memakai scented candle ni. Takut terbakar pula nanti. Meletakkan lilin di penjuru yang sesuai melembutkan suasana dan menjadikan ruangan menjadi selesa.
Selain dari membuatkan ruangan rumah wangi, ia juga menjadikan ruang lagi cantik dan cozy.
Anda juga boleh memilih untuk menggunakan candle warmer sebagai alternatif kepada cara biasa iaitu membakarnya.
Candle warmer ini lebih selamat, lagi-lagi kalau anda mempunyai anak kecil di rumah. Ia hanya menggunakan haba yang dikeluarkan dari alat tersebut untuk mencairkan lilin itu.
- Scented Gel
Jenis pewangi gel ini biasanya sesuai untuk diletakkan di ruangan yang kecil dan mempunyai aircond seperti di bilik air, di bilik tidur yang bersaiz kecil dan di dapur.
Yang paling best sekali mudah digunakan, kecil dan tahan lama. Buka sahaja penutup dan biarkan sahaja di tempat yang bersesuaian.
Dalam beberapa minit sahaja, ruang tamu berbau wangi!
Antara bau yang paling digemari ramai adalah lavender, lemon dan rose. Banyak jenama di pasaran yang mengeluarkan jenis pewangi bilik ini yang anda boleh pilih.
- Reed Diffuser

Pewangi jenis ini didatangkan dengan essential oil dan pembuluh untuk merembeskan aroma menerusi kaedah penyerapan.
Sangat sesuai jika anda sukakan rumah nampak lebih cantik dan estetik. Saiz yang lebih kecil dan boleh letak di mana sahaja.
Pewangi jenis ini dapat mencegah bau-bau hapak seperti citrus, woody, fresh, fruits dan bermacam lagi. Selain itu, ia mampu mewujudkan suasana yang lebih elegan dan mahal.
Cara Bagi Pewangi Rumah Tahan Lama
Apabila kita baru pulang dari kerja mestilah kita nak tengok rumah kita dalam keadaan bersih dan wangi kan?
Bau yang wangi dapat menenangkan minda kita apabila seharian bekerja. Dengan variasi pewangi rumah yang ada di pasaran, anda boleh pilih ikut kesesuaian anda.
Tetapi, anda perlu tahu cara penggunaan yang betul supaya tahan lama. Bila anda menggunakan dengan betul, anda tidak perlu membeli dengan kerap dan membazir wang anda.
Jom ketahui cara bagaimana nak bagi pewangi rumah tahan lama.
- Bersihkan Ruangan Rumah

Sentiasa bersihkan rumah anda daripada habuk.
Habuk merupakan punca rumah anda berbau kerana ia memerangkap bau busuk. Ia juga menghalang bau wangian untuk serap ke udara.
Oleh itu, anda perlu membersihkan ruangan rumah anda dengan menyedut habuk menggunakan vacuum dan mengelap permukaan bukan fabrik menggunakan pewangi fabrik dan air.
- Menanam Pokok

Selain daripada menggunakan pewangi rumah, anda juga boleh memelihara tanaman dalam rumah supaya nampak lebih segar dan tenang.
Pokok juga dapat serap bau yang tidak menyenangkan justeru mudah untuk pewangi rumah anda tahan lama.
Anda juga boleh mengikut petua orang dahulu. Anda boleh meletakkan hirisan pokok serai dan pandan di tempat yang anda hendak buang bau busuk.
Kesimpulannya, pewangi rumah amat penting untuk menjaga ruangan rumah daripada bau busuk. Tetamu yang bertandang pun senang dan suka dengan keadaan rumah kalau wangi.
Selain daripada menyebabkan rumah berbau wangi, ia juga membawa manfaat kesihatan kepada penggunanya.
Ia juga mampu meningkatkan tahap mood anda!
Oleh itu, kami di Luxury Scent ada menyediakan wangi essential oil yang sesuai untuk anda. Kami menampilkan aroma bak hotel 5 bintang untuk rumah anda.

Di Luxury Scent, kami mengeluarkan 4 aroma essential oil yang semerbak baunya, iaitu:
- Four Seasons
- Ritz Carlton
- Grand Hyatt
- Marriott
Bak namanya seperti nama-nama hotel terkenal negara, anda boleh bawakan aroma seperti hotel-hotel ini ke rumah!
Layari website kami untuk membeli essential oil bauan best ni sekarang!