pewangi bilik

Pewangi Bilik Top, Ala-ala Bau Hotel 5 Bintang!

Ramai menginginkan pewangi bilik yang memberi kewangian dan keharuman bak hotel bertaraf 5 bintang untuk bilik mereka. 

Sudah pasti, bilik yang menjadi tempat privasi dan tempat melepaskan penat lelah mesti sentiasa bersih, selesa, dan wangi.

Bau-bauan di sekeliling sebenarnya boleh juga mempengaruhi mood seseorang.

Kita dapat menyaksikan di pasaran kini semakin banyak pewangi bilik yang mampu menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut pilihan yang berbaloi untuk dicuba. 

Jenis-jenis Pewangi Bilik

jenis pewangi bilik

Pewangi bilik terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:  

  1. Spray

Pewangi yang biasa digunakan ramai ialah pewangi berbentuk dalam botol spray.

Selain sembur pada udara, ia boleh disembur di atas permukaan seperti tilam, bantal dan karpet.

Ada juga pewangi bilik jenis ini yang automatik boleh mengeluarkan semburan haruman tanpa perlu kita lakukan.

  1. Gel

Jenis pewangi berbentuk gel ini antara yang digemari ramai kerana mudah digunakan dan tahan sehingga 30 hari. 

Pewangi ini sangat mesra pengguna kerana tidak perlu menggunakan bateri atau arus elektrik. 

  1. Bentuk lilin

Pewangi bilik jenis lilin sering dikaitkan dengan suasana romantik kerana menghasilkan bau yang menenangkan.

Cara penggunaan juga mudah sahaja seperti menggunakan lilin biasa.

Namun, pastikan anda meletak pewangi jenis ini ditempat yang selamat.

  1. Diffuser

Kini, ramai juga mula beralih kepada pewangi bilik yang menggunakan diffuser.

Bahan yang diletakkan di dalam diffuser seperti essential oil dapat menghalang ruangan bilik menjadi kering atau berbau.

Pewangi jenis ini juga mampu bertahan lama sehingga 8 jam selagi air di dalam takungan tidak kosong. 

Disini, kami juga mahu selitkan beberapa kepentingan menggunakan essential oil atau minyak aromaterapi dalam diffuser:

  • Aroma yang mengurangkan stres dan kebimbangan
  • Membersihkan dan menyegarkan udara dalam rumah
  • Membantu kualiti tidur yang baik dan berkualiti

Top 5 Pewangi Bilik Yang Best 

  1. LOVELY LACE Scents Reed Diffuser
lovely lace

Dengar nama sahaja sudah cukup eksklusif untuk haruman yang berbau mahal. 

Walaupun agak mahal, tetapi pewangi ini mampu bertahan sehingga 3 bulan.  

Ia sesuai diletakkan dimana-mana ruangan disamping bekas kaca yang cantik ini sesuai dijadikan hiasan dalam rumah. 

  1. Lampu Cherita Scented Candle
pewangi bilik

Nyalaan lilin lampu Cherita ini diperbuat daripada 100% lilin berasaskan soya.

Ia juga bebas daripada bahan phthalate yang berbahaya kepada kesihatan.

Kewangiannya mampu menenangkan perasaan dengan bau yang ringan. 

Namun, kurang sesuai untuk bilik bersaiz besar untuk mendapatkan haruman yang maksima dan berpanjangan.

  1. Ambi Pur Effects Air Freshener Aerosol Lavender Vanilla
ambi pur

Jenama Ambi Pur merupakan jenama paling popular dengan harga mampu milik dalam rangkaian pewangi bilik.

Penyembur ini diperbuat daripada teknologi Air Effects’ Odor Clear yang mampu menyingkirkan bau busuk.

Semburan ini boleh disembur dimana-mana ruangan untuk bilik berbau harum seperti lavender dan vanila yang segar.

  1. Kandle Kandle Travel Size Scented Candle
pewangi bilik

Pewangi lilin Kandle Kandle ini juga diperbuat daripada lilin soya yang sesuai untuk pengemar scented candle.

Terdapat bermacam pilihan bauan yang wangi seperti Rose Honey Comb, Lavender dan Lime.

Paling menarik, ia mempunyai penutup daripada aluminum untuk mengelakkan pewangi daripada kotor dan berhabuk apabila tidak digunakan.

Namun, ia sesuai untuk diletakkan di ruangan yang bersaiz kecil untuk mendapatkan kewangian yang maksima. 

  1. Luxury Scent Asia
luxury scent

Sehebat namanya, titisan 3-5 titik essential oil Luxury Scent mampu menjadikan bilik berbau wangi seperti hotel 5 bintang.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rumah berbau hapak, tidur yang tidak lena, dan malu dengan tetamu.

Wangiannya terdiri daripada bau yang eksklusif seperti bauan daripada hotel terkemuka seperti: 

  • Four Seasons. Bau aroma bersifat anti penuaan, meringkan tekanan, mengatasi keletihan, mengurangi masalah insomnia, dan beri kesan yang tenang
  • Ritz Carlton. Bauan ini mempu mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, dan memberi ketenangan.
  • Grand Hyatt. Bau yang boleh meningkatkan mood, meringankan tekanan, mengatasi keletihan, membantu untuk tidur dan rehat yang cukup.
  • Marriott. Aroma bau yang membantu untuk menaikkan mood yang positif dan rangsangan mental yang baik.

Cara guna essential oil daripada Luxury Scent juga sangat mudah sama ada menggunakan diffuser, nebuliser atau burner untuk kesan yang terbaik.

Namun, masih boleh digunakan dengan cara lain seperti titis terus ke bantal, langsir, dan cadar. 

Bukan sahaja untuk kewangian, pewangi ini juga memberi kesan baik kepada kesihatan dan hubungan keluarga kerana aromanya:

  • Boleh menambah kualiti tidur
  • Memberi jiwa rasa tenang dan positif
  • Meningkatkan imuniti tubuh badan
  • Memberi kelegaan kepada migrain dan sakit kepala

Kesimpulannya, sangat penting untuk memastikan bilik sentiasa bersih dan wangi untuk mewujudkan rasa selesa dan tenang.

Ini kerana faktor bau dipersekitaran juga boleh mempengaruhi mood kita.

Jika bilik anda berbau wangi persis hotel-hotel mahal, pasti anda berasa cukup tenang, positif dan seperti bilikku syurgaku.

Oleh itu, kami sarankan untuk anda mencuba Luxury Scent kerana dengan harga yang mampu milik anda pasti mendapat bau wangi yang diidamkan.

Sebab lain anda perlu memilih Luxury Scent:

  • Diperbuat daripada 100% minyak pati
  • Bebas bahan kimia
  • Selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan
  • Tahan lama
  • Mempunyai banyak manfaat termasuk membantu tidur dan bersantai
 

Share this post