cara wangikan rumah

Cara Wangikan Rumah Dan Tips “Buang” Bau Busuk

Sesiapa yang pernah memasuki rumah yang berbau kurang menyenangkan dan busuk pasti akan merasa tidak selesa untuk datang ke rumah tersebut kan? Anda juga tercari-cari cara wangikan rumah anda yang berbau.

Oleh itu, penting untuk menjaga kebersihan rumah dan menghalang bau busuk daripada tercetus di rumah anda. 

Tapi, bagaimana untuk memastikan rumah sentiasa berbau segar dan menyenangkan? 

Di sini kami akan kongsikan rahsia untuk cara wangikan rumah dan bersih.

Jangan risau, tak perlu bahan mahal-mahal untuk wangikan rumah anda!

Jenis Bau Busuk di Rumah

      1. Bau Haiwan Peliharaan

    bau haiwan

    Haiwan peliharaan seperti kucing, anjing atau hamster memang memberikan keseronokan kepada penghuni rumah, tetapi bau dan najis yang mereka hasilkan boleh menjadi satu masalah terutamanya di rumah. 

    Cara wangikan rumah yang mudah dan selamat untuk menangani masalah bau haiwan peliharaan di rumah anda, iaitu menggunakan arang aktif atau activated charcoal.

    Arang aktif merupakan bahan semulajadi yang boleh menyerap bau dan kotoran dari udara.

    Arang aktif ini berfungsi secara kimia yang mengandungi lebihan gas oksigen, dan menjadikan ia mempunyai banyak ruang untuk menyerap bau udara busuk yang terhasil daripada haiwan peliharaan.

    Satu lagi kelebihan arang aktif adalah tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. 

    Ia juga mudah didapati dan boleh digunakan dengan mudah! 

    Anda hanya perlu meletakkan arang aktif dalam bekas atau di tempat yang perlu ditangani, dan biarkan ia menyerap bau selama beberapa hari.

    Bau dan kotoran yang dihasilkan oleh haiwan peliharaan akan berkurangan dan udara di dalam rumah akan menjadi lebih segar dan bersih. 

        1.  Bau Sampah

      Menjaga kebersihan rumah kita dengan betul sangat penting. Sebagai alternatif, membuang sampah tiap hari, ataupon paling lewat untuk buang sampah adalah dalam masa tiga hari. 

      Hal ini kerana, sisa buangan sampah dibiarkan terlalu lama akan menjadi busuk dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. 

      Ini berlaku apabila terdapat sisa bahan mentah seperti sisik ikan, tulang ayam, atau bungkusan plastik minuman manis, tin susu, nasi yang tidak habis atau basi, dan sebagainya.

      Jangan risau, ada cara mudah untuk mengurangkan bau dari bekas sampah di rumah. Anda boleh menggunakan limau atau lemon untuk membantu mengatasi masalah bau tersebut. 

      Sebelum memasukkan sampah ke dalam bekas tong sampah, pastikan anda memerah beberapa hirisan kulit lemon atau limau dan masukkan sekali kulitnya ke dalam bekas sampah. 

      Bau sitrus ini dapat membantu mengurangkan bau daripada sampah-sampah yang dibuang.

      Pastikan anda membersihkan bekas sampah secara berkala untuk mengelakkan kotoran dan bahan organik yang boleh menimbulkan bau yang tidak enak.

          1. Bau Air kencing Bayi

        Adakalanya air kencing bayi terbocor daripada lampin dan mengenai kawasan karpet, kerusi sofa dan katil. 

        Keadaan ini biasanya mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan. Bagi ibu bapa, tugas membersihkan bau air kencing bayi dan kanak-kanak ini bukanlah perkara yang mudah. 

        Dalam keadaan seperti ini, bagaimana untuk menghilangkan bau tersebut agar tidak meninggalkan kesan bau hapak yang tidak diingini apabila dalam keadaan lembap?

        Antara cara untuk hilangkan  kesan kencing anak kecil dengan membersihkan  dengan menggunakan sabun dan air. 

        Cara wangikan rumah ini sangat mudah dan boleh dilakukan dengan segera kerana hanya perlu ratakan sabun pencuci ke kawasan berkenaan dan serap menggunakan tuala kering.

        Jika  tidak berhasil, ibu dan bapa boleh gunakan cuka. Ia akan menyerap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau dengan lebih berkesan. 

        Caranya, tekapkan saja cuka putih pada kain dan kesatkan pada kesan air kencing selama 10-15 minit. 

        Namun, pastikan bahawa anda tidak mengguna terlalu banyak cuka, kerana ia boleh merosakkan fabrik yang terkena air kencing bayi tersebut. 

        Penggunaan kuantiti yang sederhana saja sudah cukup untuk menghilangkan bau air kencing bayi dengan berkesan.

            1.  Bau Asap Rokok

          bau asap rokok

          Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang merokok dalam rumah, bau asap rokok mudah tersebar ke seluruh rumah. 

          Bau asap rokok bukan sahaja mengganggu, tetapi juga tidak bagus untuk dihidu oleh perokok pasif terutamanya yang mempunyai anak kecil. 

          Bau yang kuat dan terus melekat pada dinding, kerusi sofa dan langsir, membuatkannya sukar untuk dibuang. Bagaimana anda boleh menghilangkan bau asap rokok dari rumah? 

          Cara Wangikan Rumah

              •  Penggunaan Pembersih Udara

            cara wangikan rumah

            Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan pembersih udara yang bagus. 

            Pembersih udara dapat membersihkan udara dalam rumah dan menghilangkan kotoran, serbuk dan bakteria yang ada di dalamnya. 

            Selain itu, alat ini juga dapat menghilangkan bau yang tidak diingini, termasuk bau asap rokok.

                • Menggunakan Aromaterapi

              Aromaterapi adalah satu lagi kaedah semulajadi yang boleh membantu menghilangkan bau asap rokok dari rumah anda. 

              Terdapat beberapa jenis minyak pati yang boleh membantu seperti minyak pati Hyacinth , minyak pati lemon dan minyak pati Rosewood. 

              Antara jenama essential oil yang berkesan ialah Luxury Scent Asia yang mampu memberikan wangian setaraf hotel 5 bintang!

              Caraya ialah menggunakan diffuser, nebuliser atau burner untuk menyebarkan bau minyak pati ke seluruh rumah anda. 

              Minyak pati boleh digabungkan untuk mendapatkan campuran bau yang lebih unik dan wangi. 

              Pastikan anda memilih minyak pati yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

              Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah bau busuk di rumah, carilah penyelesaiannya cepat-cepat! 

              Masalah bau busuk ini bukan sahaja menjengkelkan, tetapi juga dapat mempengaruhi keselesaan hidup anda. 

              Situasi ini akan memberikan reaksi tidak senang andai saudara-mara atau jiran datang melawat.

              Namun, jangan risau! Kini terdapat cara yang mudah dan efektif untuk menangani masalah ini dengan menggunakan Luxury Scent Asia.

              Luxury Scent Asia adalah produk yang dicipta khusus untuk membantu menghilangkan bau busuk di rumah anda. Ia dapat digunakan di pelbagai tempat, seperti bilik mandi, dapur, dan bilik tidur. 

              Apa yang membezakan Luxury Scent Asia dari produk lain adalah kebolehannya untuk memberikan bau segar, wangi dan tenang hanya dengan penggunaan 3-5 titik sahaja!

              Untuk ketahui lebih lanjut tentang Luxury Scent Asia, anda boleh mengunjungi laman web mereka di sini atau Whatsapp kami.

              Kini, masalah bau busuk hilang dengan guna Luxury Scent Asia je!

              Share this post