Air diffuser sudah tidak asing lagi di pasaran dan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seiring dengan trend penggunaan aromaterapi dirumah, sudah menjadi salah satu item yang harus ada dalam setiap rumah.
Lebih lebih lagi bagi individu yang gemar dengan wangian aromaterapi.
Namun masih ramai yang masih keliru dengan fungsi dan perbezaan diffuser, air humidifier dan purifier.
Lakukan sedikit kajian tentang perbezaan supaya memilih yang terbaik dan digunakan secara optimum mengikut keperluan.
Hal ini kerana, setiap pembelian merupakan investment untuk masa depan bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.
Antara persamaan yang dikongsi oleh ketiga alat tersebut iaitu berkaitan dengan pelepasan udara atau wap air ke sekitarnya.
Namun, setiap alat mempunyai fungsi dan fokus yang berbeza.
Segala penerangan mengenai air diffuser seperti jenis dan kegunaan akan diterangkan secara terperinci dalam artikel ini.
Perbezaan antara diffuser, air humidifier dan air purifier turut dijelaskan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Jenis – Jenis Diffuser di Rumah

Terdapat pelbagai jenis diffuser yang boleh digunakan di rumah mengikut kesesuaian fungsi setiap jenis.
Oleh itu, bagi mendapatkan manfaat secara optimum, anda harus tahu apa yang anda perlukan.
- Diffuser Lilin (Candle Diffuser)

Penggunaan diffuser lilin ini memerlukan pemanasan dari pembakaran lilin bagi mengeluarkan bau wangi dari minyak aromaterapi yang terdapat didalam lilin.
Ini merupakan jenis diffuser tradisional dan ianya mampu dimiliki dengan harga yang murah.
Penggunaan diffuser tradisional ini mampu menaikan mood dan memberikan rasa tenang. Ianya sering digunakan di spa – spa, sesuai dengan fungsinya.
- Diffuser Seramik (Ceramic Diffuser)

Bagi individu yang mementingkan nilai estetika di ruangan dalam rumah mereka, diffuser seramik adalah pilihan yang tepat.
Ini kerana seiring dengan namanya, seramik ini diperbuat daripada tanah liat atau seramik dan dijadikan bentuk – bentuk menarik.
- Reed Diffuser

Reed diffuser diperkenalkan dengan mempunyai batang rotan yang direndam bahagian bawahnya kedalam botol yang mempunyai minyak aromaterapi.
Ia juga dikenali sebagai diffuser buluh. Tetapi dengan rupanya yang menarik dan unik, menjadi salah satu diffuser yang disukai ramai.
Hal ini kerana diffuser ini tidak perlu dilakukan apa-apa seperti penggunaan air, elektrik atau api untuk mewangikan sekitarnya.
- Electric Diffuser

Diffuser yang menggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan bauan aromaterapi.
Ianya harus menggunakan elektrik bagi menggerakkan kipas yang ada didalam diffuser bagi menciptakan minyak aromaterapi dan dilepaskan di seluruh ruangan sekitarnya.
- Nebulizer Diffuser

Penggunaan diffuser nebulizer dapat meningkatkan tahap penyebaran aromaterapi ke seluruh ruang dengan menjadikan molekul essential oil sangat kecil.
Ianya dapat dilakukan dalam proses nebulasi. Bagi individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma sangat sesuai menggunakan nebulizer diffuser.
Hal ini kerana diffuser jenis ini mampu menyebarkan ke seluruh ruang yang luas dan besar.
- Ultrasonic Diffuser

Seperti namanya, diffuser jenis ini menggunakan ultrasonic untuk menghasilkan getaran pada air supaya dapat dijadikan wap air untuk dibebaskan.
Oleh itu, penggunaan diffuser ini juga mampu untuk melembapkan udara sekitarnya.
Ultrasonic diffuser ini juga mampu untuk mengawal jumlah essential oil yang akan digunakan supaya tidak digunakan dengan berlebihan.
Perbezaan Air Diffuser, Air Humidifier dan Air Purifier
- Air Diffuser

Jika dibandingkan harga air humidifier dengan diffuser, air diffuser agak mahal.
Ini kerana mampu memecahkan molekul essential oil menjadi partikel kecil dan dilepaskan ke udara sekeliling.
Salah satu fungsi air diffuser ini adalah untuk membersihkan udara mengikut jenis essential oil yang digunakan.
- Air Humidifier

Fungsi air humidifier adalah melepaskan wap air yang mengandungi campuran essential oil di dalamnya.
Sesuai dengan namanya dari perkataan Humid yang bermaksud lembap.
Namun begitu, tidak semua air humidifier boleh dicampurkan dengan essential oil.
- Air Purifier

Air purifier mampu menyedut segala kotoran seperti debu atau molekul halus dalam udara.
Bagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, alergi, asap, bulu kucing dan sebagainya.
Walaupun harganya agak mahal, namun ianya pasti berbaloi untuk mendapatkan udara bersih yang penting untuk kesihatan.
Mengapa Titiskan Essential Oil ke dalam Diffuser?
Terdapat banyak kelebihan dalam menitiskan essential oil ke dalam diffuser. Antara kelebihannya adalah seperti:
- Meningkatkan sistem imun badan
- Mempunyai sifat anti-bakteria
- Mengurangkan kesesakkan hidung dan sinus
- Membantu menjaga pernafasan dan kardiovaskular
- Menaikkan mood dan suasana
Ada beberapa kelebihan essential oil akan diterangkan secara terperinci di bawah:
- Kesan kepada Mood

Terdapat kajian menunjukkan terdapat beberapa perubahan mood seseorang selepas menyedut bauan aromaterapi dari minyak rosemary.
Beberapa perubahan yang dapat dicatatkan oleh pengkaji adalah degup jantung, tekanan darah, suhu badan, serta para pengkaji mendapati kesan daripada bauan aromaterapi rosemary memberi kesan yang merangsang.
- Reaksi Kepada Kulit

Kesan aromaterapi yang berasaskan daripada minyak kayu manis dan bunga cengkih mampu merengsakan kulit.
Jika penggunaannya menyebabkan kemerahan, bengkak atau gatal, elakkan penggunaanya pada masa akan datang.
Sekiranya perlu sapukan minyak aromaterapi terus pada kulit, lakukan ujian tampalan atau patch test dahulu.
Sapukan pada bahagian kecil kulit untuk melihat penerimaan kulit terhadap minyak aromaterapi tersebut.
Kesan penggunaan air diffuser, air humidifier dan air purifier tidak terhad kepada tahap kebersihan udara sahaja.
Namun, mampu meningkatkan tahap mood seseorang dengan campuran essential oil.
Tahukah anda 3-5 titik essential oil Luxury Scent mampu menjadikan ruangan di rumah anda selesa dan berbau wangi!
Jika rumah berbau hapak, pasti boleh menyebabkan masalah lain seperti tidur tidak lena dan malu dengan dengan tetamu.
Anda harus mencuba wangian Luxury Scent ini kerana harga mampu milik tetapi seakan bau di hotel bertaraf 5 bintang.Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web ini.