minyak aromaterapi

7 Cara Menarik Guna Minyak Aromaterapi

Bagi mereka yang suka minyak dan barang-barang yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, minyak aromaterapi mungkin adalah salah satu benda yang sesuai untuk anda.

Ia boleh dipakai dalam pelbagai cara dan sangat bagus bagi mereka yang suka perkara seperti minyak angin dan minyak wangian natural.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 7 cara menarik guna minyak aromaterapi serta kebaikan yang anda boleh dapat.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Guna Minyak Aromaterapi Untuk Tujuan Berbeza

 

minyak aromaterapi

Untuk pengetahuan anda, minyak aromaterapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan cara. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan 7 cara yang anda boleh guna.

1. Untuk Urut

Bagi mereka yang suka mengurut, minyak aromaterapi yang bercampuran dengan minyak urut merupakan satu perkara yang sangat menarik.

Selain daripada rasa lega semasa anda menerima proses mengurut, minyak ini juga akan membantu anda untuk berasa tentang kerana ia sangat wangi.

2. Sebagai Diffuser

 

diffuser

Bagi mereka yang mempunyai diffuser di rumah, minyak aromaterapi boleh diletakkan di dalamnya supaya bau boleh tersebar di ruangan yang lebih besar.

Anda boleh mencari diffuser di pelbagai kedai elektronik. Pastikan ia berkualiti supaya manfaat minyak ini boleh dinikmati oleh semua orang di rumah anda.

3. Wap Minyak Aromaterapi

Selain daripada diffuser, anda juga boleh menghasilkan wap secara manual. Anda hanya perlu ambil air panas di besen dan tambah 10 titis minyak aromaterapi pilihan.

Selepas itu, tutup kepala anda dengan kain dan tundukkan ke arah besen untuk hidup wap ini selama beberapa minit untuk dapat manfaat.

Anda boleh menggunakan minyak yang berbau seperti pinus, mint dan eucalyptus untuk proses ini.

4. Sebagai Semburan

 

semburan wangi

Anda juga boleh menggunakan minyak aromaterapi sebagai minyak sembur. Anda hanya perlu memasukkan lebih kurang 5 hingga 10 titis minyak aromaterapi ke dalam 180ml air.

Goncangkan sedikit, kemudian ia sudah boleh digunakan. Anda boleh menyembur minyak ini di ruang rumah anda untuk menaikkan lagi bau yang wangi dan tenang.

5. Memanaskan Minyak

Jika anda hanya ingin baunya dan tidak mencari faedah dari segi kesihatan, ini adalah cara yang sesuai untuk anda. Anda boleh panaskan 5 hingga 6 titik minyak aromaterapi di atas api kecil.

Ini akan berikan aroma yang wangi dan menenangkan kepada minda dan tubuh badan anda. 

6. Untuk Mandi

Minyak aromaterapi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan manfaat mandi. Anda boleh campurkan minyak ke dalam air mandi.

Selain dari bau yang wangi, minyak ini juga akan diserap oleh tubuh anda untuk memberi anda manfaat kesihatan yang banyak.

7. Legakan Sakit

Cara terakhir untuk menggunakan minyak aromaterapi adalah untuk menggunakannya bagi melegakan sakit anda. Ini boleh digunakan untuk pelbagai sakit.

Antara sakit yang boleh dibantu oleh minyak ini adalah cedera kaki, sakit kepala, cedera sukan dan sebagainya.

Anda hanya perlu letak beberapa titis minyak ke dalam 1L air dan kacaunya. Selepas itu, rendamkan kain dan letakkan kain tersebut pada tubuh anggota yang sakit.

Bila Perlu Guna Aromaterapi

minyak aromaterapi

Terdapat pelbagai waktu yang sesuai untuk menggunakan minyak aromaterapi. Ini adalah beberapa waktu yang sangat sesuai:

1. Apabila Stres

Apabila anda stres, ia boleh mengganggu hidup kerana anda tidak dapat berfikiran dengan waras dan kemudian menyebabkan anda membuat keputusan yang salah.

Minyak ini boleh digunakan kerana kajian telah menunjukkan bahawa minyak seperti lavender mampu mengurangkan stres dalam tubuh kita.

2. Insomnia

Insomnia untuk pengetahuan anda adalah satu jenis penyakit atau masalah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat tidur dengan betul..

Oleh itu, hidup dia akan tidak teratur kerana tidak dapat rehat dengan cepat. 

Minyak aromaterapi boleh membantu menyelesaiakn masalah ini kerana boleh memberi bau yang wangi dan tenang. Ini dapat mengurangkan ketegangan anda dan bantu anda tidur.

3. Apabila Sakit

Jika anda seorang ahli sukan atau jenis aktif, anda mungkin akan selalu dapat sakit yang kecil-kecil dengan kerap. Ini tidak bagus kerana boleh membawa masalah yang lebih besar.

Minyak aromaterapi boleh digunakan untuk merawat sakit kecil-kecil ini seperti yang diterangkan di bahagian awal artikel ini.

Kebaikan Menggunakan Aromaterapi

 

minyak aromaterapi

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa kelebihan minyak aromaterapi.

1. Membantu Anda Berehat

Dengan baunya yang wangi dan tenang, ia membantu anda untuk berehat. Ini sangat baik terutamanya pada hari kerja yang sudah pasti letih dan stres.

Jika anda menggunakan diffuser di rumah yang menggunakan minyak aromaterapi, sudah pasti anda akan berasa tenang dan tidak stres lagi.

2. Menaikkan Semangat

Bagi mereka yang bekerja di rumah, sudah pasti ada waktu yang berasa letih dan tidak bersemangat. Minyak ini boleh bantu untuk menaikkan semangat.

Anda boleh menggunakan bau yang cerah seperti bau buah untuk membantu anda rasa lebih bertenaga untuk bekerja.

3. Membantu Anda Tidur

Ini adalah satu manfaat yang sangat besar terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah tidur. Minyak yang mempunyai bau yang lembut sangat bagus untuk mereka.

Bau lembut seperti bunga boleh menurunkan tekanan darah anda supaya anda lebih tenang pada waktu malam dan dapat tidur dengan nyenyak.

Kesimpulannya, minyak aromaterapi adalah satu perkara yang sangat bagus dan membawa banyak faedah.

Jika anda mencari essential oil di Malaysia, anda boleh mencuba pilihan dari Luxury Scent!

Kami mempunyai 4 pilihan iaitu 

  • Marriott
  • Ritz Carlton
  • Four Seasons
  • Grand Hyatt

Selain dari mempunyai bau yang sangat wangi dan menarik, berikut adalah beberapa sebab lain anda perlu membeli dari kami:

  • Selamat Untuk Ibu Mengandung
  • 100% Dibuat Dari Bahan Semulajadi
  • Selamat Digunakan Tanpa Rasa Ragu
  • Boleh Digunakan di Diffuser, Nebulisers & Burners
  • Selamat Untuk Kanak-kanak & Bayi
  • Selamat Untuk Haiwan Peliharaan

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang produk kami, anda boleh melayari website kami di sini.

Share this post