cuci rumah

Cara Cuci Rumah Untuk Lebih Wangi? Ikut Tips Kami Ini!

Setiap orang pasti inginkan rumah yang bersih dan kemas setiap masa. Namun begitu, kadangkala kita terlupa untuk cuci rumah akibat kesibukan bekerja dan sebagainya.

Mencuci rumah harus dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan menggunakan produk-produk mencuci yang bagus supaya rumah anda bukan sahaja bersih, tetapi juga wangi dan bebas dari kuman.

Rumah yang wangi dan bersih mempunyai banyak manfaat untuk anda. Antaranya adalah anda akan kurang stress, lebih produktif, tidur dengan lebih lena serta lebih sihat kerana persekitaran yang bersih.

Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips cuci rumah yang anda boleh ikuti untuk rumah yang lebih wangi dan bersih sepanjang masa.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!

 

5 Cara Untuk Cuci Rumah

  1. Bersihkan tong sampah anda

 

bersihkan tong sampah

Salah satu cara untuk cuci rumah supaya rumah anda lebih wangi adalah dengan kerap membersihkan tong sampah anda. 

Kadang-kadang, bau sampah dalam tong sampah akan melekat walaupun sampah tersebut sudah pun dibuang. Ini akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Jika anda sudah membuang sampah tapi masih lagi ada bau yang busuk dalam rumah, ini bermakna anda perlu mencuci tong sampah anda juga.

Bagi menghilangkan bau dengan efektif, anda boleh taburkan sedikit serbuk penaik dalam tong lepas menggantikan plastik sampah dan pastikan anda berus juga sisa-sisa sampah yang melekat pada dinding dan penutup tong tersebut.

Selesaikan dengan menggunakan semburan pembasmi kuman untuk membunuh bakteria penyebab bau yang masih tinggal.

 

  1.  Bersihkan saluran sinki di dapur

 

cuci rumah

Cara cuci rumah yang seterusnya supaya rumah lebih wangi adalah dengan membersihkan saluran sinki dapur. Apabila mencuci pinggan, kadang-kadang sisa makanan akan tersangkut dalam saluran sinki anda.

Jika anda perasan ada bau yang busuk di dapur, anda patut periksa sinki anda. Untuk menghilangkan bau dalam saluran sinki, tuangkan sedikit sabun pencuci pinggan yang wangi ke dalam saluran tersebut dan kemudian siramkan air.

Jika bau tersebut masih ada lagi, tuangkan ½ cawan serbuk penaik dengan air yang suam. Anda juga boleh menggunakan berus yang tirus untuk mencuci sisa-sisa makanan yang masih melekat dalam saluran sinki.

 

  1. Cuci karpet dan permaidani

 

cuci rumah

Berbanding lantai jubin dan lantai kayu, permaidani dan mana-mana permukaan yang lembut yang boleh menyerap air akan memerangkap bau, walaupun selepas dilap dan dicuci.

Untuk menghilangkan bau pada karpet anda, anda perlu taburkan serbuk penaik pada keseluruhan karpet. 

Kemudian, gosokkan ke dalam karpet menggunakan berus dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda vakum karpet tersebut.

 

  1. Gunakan diffuser dalam rumah

 

diffuser

Untuk rumah yang berbau lebih wangi dan segar, anda boleh menggunakan pewangi di sekeliling rumah dengan menitikkan essential oil dalam diffuser seperti essential oil Luxury Scent.

Essential Oil Luxury Scent mempunyai 4 bauan yang berbeza iaitu:

  • Marriott yang bau seperti Lily of the Valley
  • Ritz Carlton yang menghasilkan gabungan bergamot, hyacinth, dan rosewood.
  • Four Seasons yang mengandungi bauan raspberry, lemon, magnolia dan Sandalwood.
  • Grand Hyatt yang mengandungi bau buah-buahan segar seperti epal dan lemon, patchouli, dan cedarwood.

Di mana anda letakkan diffuser dalam rumah anda juga perlu strategik. Ini kerana terdapat beberapa tempat dalam rumah yang memerlukan pewangi yang lebih berbanding ruangan yang lain.

Antaranya adalah seperti di dalam tandas, dapur, bilik tidur, dan ruang tamu. Menggunakan essential oils juga dapat bantu mengurangkan tekanan dan supaya anda lebih senang tidur.

 

  1. Reneh herba dan buah di atas dapur

 

cuci rumah

Renehkan air dalam periuk kecil dan tambahkan hirisan sitrus dan herba, seperti lavender atau pudina.

Dengan melakukan ini, wap dari periuk tersebut akan membawa bau harum ke seluruh rumah anda.

Kombo buah dan herba ini juga boleh disesuaikan dengan mudah bergantung pada bahan yang anda ada di rumah.

Kesimpulannya, cara cuci rumah yang betul dapat menjadikan rumah anda lebih wangi dan segar!

Jika anda mencari pewangi untuk rumah anda, essential oils dari Luxury Scent adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Essential Oils Luxury Scent bukan sahaja dapat mewangikan lagi rumah anda tetapi ia juga boleh bantu:

  • Menambah kualiti tidur
  • Hubungan kekeluargaan semakin baik
  • Kerisauan dan depresi makin berkurangan 
  • Jiwa jadi tenang dan makin positif
  • Meningkatkan imuniti – daya tahan diri terhadap jangkitan
  • Memberi kelegaan ketika sakit kepala dan migrain

 

Hanya dengan 3-5 titik ke dalam diffuser, essential oils Luxury Scent ini akan menjadikan rumah anda berbau premium serta baunya tahan lama! 

Dengan harga mampu milik, anda boleh mengubah rumah anda dari bau yang hapak kepada bau yang wangi dan tenang persis hotel 5 bintang! 

Tunggu apa lagi? Dapatkan Essential Oils Luxury Scent sekarang!
Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang produk kami, anda boleh layari laman web kami di sini.

Share this post