hotel 5 bintang

Nak Rumah Bau Hotel 5 Bintang ? Dapatkan Luxury Scent Asia!

Balik kerja penat-penat, mesti rasa seronok bila masuk rumah bersih dan bau wangi macam masuk hotel 5 bintang! Dah terbayang rasa tenang dan seronok je nak berehat tu. 

Rumah yang berbau wangi bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada tuan rumah, tetamu yang datang pun pasti rasa selesa. Diam-diam, tetamu pun berminat nak tahu apa yang anda guna untuk dapatkan bau ‘mahal’ di rumah. 

Terdapat banyak jenis dan jenama pewangi rumah yang ada dipasaran. Jadi, yang manakah boleh memberikan bau mewah seperti di hotel 5 bintang? 

Adakah anda tahu apa sebenarnya yang disebut sebagai pati aromaterapi? Jika tahu, adakah anda sedar akan manfaatnya ? 

Teruskan pembacaan untuk ketahui dengan lebih lanjut!

 

Apa itu Pati Aromaterapi?

 

pati aromaterapi

Pati aromaterapi diperoleh dari tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bau harum seperti bunga, herba, kulit, akar dan kelopak. 

Tumbuhan yang menghasilkan bauan harum dari sel-selnya disebut sebagai intipati, namun apabila ia diekstrak, ianya akan menjadi minyak pati. 

Bukan senang ye nak hasilkan minyak pati dalam jumlah yang besar. Ini kerana, 1 paun minyak pati lavendar memerlukan 200 paun bunga lavendar itu sendiri. 

Jelaslah ianya tidak mudah untuk dihasilkan. Namun, dengan adanya Luxury Scent, mudahlah untuk mendapatkan bauan mewah diruangan peribadi kita.

Bauan minyak wangi boleh mengaktifkan daya penerimaan bau oleh hidung kita, lalu menghantar isyarat kepada otak. Selain hidung, aromaterapi boleh juga diserap melalui kulit. Ianya boleh terjadi dengan menggunakan produk seperti :

– Diffuser

– Spritzer Aromatik

– Penyedut

– Garam Mandi

– Minyak Badan, Krim atau Losyen Urutan

– Pengewapan Wajah

– Topeng Muka Tanah Liat

 

hotel 5 bintang

 

6 Manfaat Rumah Bersih dan Wangi

  1. Kesihatan Lebih Baik

 

manfaat rumah bersih

Persekitaran kita memberi impak yang besar kepada tubuh badan. Jika rumah tidak dijaga kebersihannya, kuman dan bakteria senang membiak. 

Sisa makanan serta habuk yang berkumpul di sofa atau karpet boleh menyebabkan asma dan alahan kepada si kecil mahupon diri sendiri. 

Rumah yang bersih dan wangi, bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, mood kita untuk berehat dan meluangkan masa juga lebih tenang. Udara juga lebih segar dan wangi dengan penggunaan aromaterapi.

 

  1. Dapat Kurangkan Stress 

Apa yang mata kita lihat akan memberi mesej kepada otak kita. 

Dengan rumah yang bersepah dan berbau kurang menyenangkan, akan menyebabkan otak kita memberi tindak balas dengan mengeluarkan hormon ‘stress’. 

Jadi, dengan persekitaran yang kemas dan bersih serta udara yang segar memberi mesej kepada otak untuk lebih relaks. 

Luangkan masa anda untuk kemaskan ruang rumah agar tidak terlalu bersepah. Ini demi kebaikan diri anda juga.

 

  1. Tidur Lebih Berkualiti

 

tidur lebih berkualiti

Bila kerja rumah semua dah selesai, rumah dalam keadaan kemas pastinya kita akan lebih relax dan lebih mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. 

Terutama para ibu tidak perlu memikirkan apa kerja rumah yang perlu dibereskan sebelum tidur atau selepas bangun dari tidur. 

Jadi, ibu bapa boleh mendapatkan rehat yang cukup serta tidur yang berkualiti.

 

  1. Diet Lebih Sihat 

 

diet lebih sihat

Seperti point nombor 3, iaitu berkait dengan stress. Badan yang stress lebih cenderung untuk makan chocolate, craving makanan yang manis manis.

Kadang kala, keadaan rumah yang kurang menyenangkan disebabkan rakan serumah yang kurang menjaga kebersihan. Perkara perlu ditegur kerana ia melibatkan orang di rumah.

Kerjasama dan kebersihan yang ditunjukkan akan mengurangkan mengambil makanan manis daripada sewaktu kita stress.

 

  1. Meningkatkan Produktiviti

Dengan rumah yang teratur, setiap barang ada tempat tersendiri, rumah tidak berbau busuk kerana tiada sampah yang semalaman di dalam rumah. 

Jadi, kita lebih tenang dan cenderung untuk mendapatkan rehat yang berkualiti. 

Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan daya fokus dan produktiviti dalam kehidupan seharian. Idea lebih bernas, banyak buah fikiran boleh difikirkan kerana otak tidak berasa tertekan.

 

  1. Menjadikan Anda Lebih Aktif

 

hotel 5 bintang

Kerja kerja mengemas rumah seperti sapu sampah, mop lantai, basuh bilik air, kemas katil bukan untuk menjaga kebersihan saja, ia menjadikan kita lebih aktif dan banyak bergerak. 

Sama dengan bersenam di gym, cumanya ini dengan percuma serta mendapat hasil yang bersih dan teratur akhirnya.

Walaupon untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih sentiasa adalah lebih payah. Namun ia menyebabkan kita lebih aktif dan sihat.

 

Di Mana Boleh Dapatkan Bau Hotel 5 Bintang?

 

hotel 5 bintang

Anda boleh dapatkan bau Hotel 5 Bintang di Luxury Scent. Kami menawarkan 4 jenis bauan mewah yang terinspirasi dari hotel-hotel mewah seperti : 

  1. Marriott

Essential Oil daripada Luxury Scent yang terinspirasi dari hotel terkemuka di Malaysia, Marriott. Bagi yang suka dengan bau Lily the Valley pasti akan sukakan bau ini. 

Untuk bauan Marriott, ia sesuai untuk diletakkan di dalam bilik kerana ianya boleh merangsang mental dan menaikkan mood anda.

 

  1. Ritz Carlton 

Nama hotel mewah Ritz Carlton sudah tidak asing di Malaysia. Bau mewah yang terinspirasi dari hotel 5 Bintang ini menggabung 3 bahan utama iaitu bergamot, hyacinth dan rosewood.

Setiap bahan utama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri. Seperti bergamot, boleh membantu untuk mengurangkan tekanan. 

Hyacinth pula mempunyai bau yang tenang sesuai untuk ruang keluarga dan bilik tidur. Kelebihan rosewood boleh meningkatkan pengaliran darah dalam badan kita.

 

  1. Four Season

 

hotel 5 bintang

Bagi yang suka dengan bauan segar dan boleh menampakkan wajah awet muda bolehlah pilih Luxury Scent yang terinspirasi dari Four Season ni. 

Bauan segar daripada raspberry, lemon, magnolia dan sandalwood yang menjadikan Four Season lebih memberi manfaat.

Salah satunya seperti menampakkan wajah awet muda (raspberry), melegakan stress dan penat (lemon), memberi kelegaan berpanjangan (magnolia) serta bantu mengatasi masalah insomnia (sandalwood).

 

  1. Grand Hyatt

Bauan mewah yang terinspirasi dari hotel 5 bintang Grand Hyatt ni mempunyai gabungan buah buahan segar seperti epal dan lemon. 

Ada juga bauan cedarwood yang memudahkan kita untuk tidur lena serta patchouli yang dapat mengatasi masalah anxiety.

 

Kesimpulan

 

hotel 5 bintang

Banyak kelebihan mempunyai rumah yang bersih dan wangi. Bukan sahaja untuk ketenangan diri, yang paling penting kesihatan diri sendiri dan orang tersayang lebih terjaga. 

Essential Oil dari luxury Scent adalah selamat untuk seisi keluarga termasuk ibu mengandung kerana ianya 100% diperbuat daripada bahan semula jadi.

Anda boleh dapatkan bau mewah hotel 5 bintang di Luxury Scent dan melihat produk produk kami yang lain di website rasmi kami, Luxury Scent.

Share this post